Bilangan Pengunjung:

iklan-a

Tuesday, February 9, 2010

MB Perak Tetap Dr. Zambry

MB Perak Tetap Dr. Zambry
Oleh: yieMEGA

SETELAH bermacam-macam polemik dan persepsi yang timbul, diikuti dengan beberapa siri naik turun mahkamah akhirnya Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Dr. Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah diharap semua pihak menerimanya dengan hati yang terbuka. Penulis juga berharap jangan ada yang mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu.

Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr. Zambry kerana kini beliau merupakan Menteri Besar Perak yang telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan. Penulis berharap agar Dr. Zambry dapat melaksanakan tugas-tugasnya sebagai Menteri Besar Perak dengan penuh tanggungjawab dan mendahulukan serta mengutamakan pencapaian.

Kepada Bekas Menteri Besar Perak Ir. Nizar Jamaluddin bersabarlah dan cubalah menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Percayalah kepada Qada' dan Qadar Allah kerana sesungguhnya Allah tuhan seru sekian alam Maha Berkuasa.

Penulis juga ingin menasihati kepada penyokong-penyokong Ir. Nizar Jamaluddin belajarlah menerima kenyataan dan tabahlah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan ini.

Keputusan telah diketahui dan diharap selepas ini semua pihak akan kembali bekerja sebagaimana biasa dan berhentilah bersengketa kerana politik. Sesekali kita hendaklah lupakan perbezaan politik,

Mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan itu penulis enggan mengulas dengan lebih lanjut kerana Mahkahmah pun telah membuat keputusanya jadi terimalah keputusan itu seadanya selagi ada waktu,
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, February 6, 2010

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara...

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara...
Oleh: yieMEGA

MATLAMAT tidak menghalalkan cara itulah yang menjadi isi utama artikel penulis pada kali ini. Penulis berharap pembaca dapat menilai artikel ini dan memikirkan adakah benar artikel ini untuk kesejahteraan semua tak kira bangsa, agama dan juga warna kulit.

Ramai yang telah mengetahui bahawa dalam beberapa hari lepas berlaku satu perhimpunan yang mengutuk Ketua Menteri Pulau Pinang termasuklah Ahli Parlimen Pasir Mas sendiri Datuk Paduka Ibrahim Ali. Penulis secara tidak sengaja juga menonton sedutan rakaman semasa perhimpunan itu berlaku, patung berupa Lim Guan Eng dibakar semasa perhimpunan itu.

Terlebih dahulu penulis ingin menegaskan bahawa penulis tidak dibayar ataupun diupah walau sesen pun dari Lim Guan Eng untuk membuat artikel ini dan artikel ini bukan bermakna penulis menyokong Lim Guan Eng. Bagi penulis daripada penulis mempertahankan Lim Guan Eng adalah lebih baik penulis menyapu sampah lagipun LGE memang setaraf dengan sampah yang dibuang dari Melaka.

Namun, walaupun penulis tidak bersetuju dengan beberapa tindakan beliau yang dilihat seolah-olah ingin menghapuskan Melayu di Pulau Pinang dan menjadikan Pulau Pinang sebagai Negara Cina Ketiga selepas Singapura. Namun tidak semestinya kita perlu mengadakan perhimpunan yang berarak ke sana ke mari dan membakar patung sesiapa sahaja yang tidak disukai.

Tidak adakah cara lain yang boleh digunakan untuk menghadapi Lim Guan Eng cara yang lebih baik dan juga tidak menguriskan hati kaum-kaum lain. Contohnya mengusulkan undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri terhadap Lim Guan Eng. Bukankah tindakan ini lebih baik dan bertamadun.

Penulis mohon maaf kepada pembaca yang tidak bersetuju dengan pandangan penulis, tiada niat pun di hati penulis untuk mengecilkan hati dan perasaan mana-mana pihak. Penulis cuma tidak suka dengan cara perhimpunan di mana kebanyakkan perhimpunan akan merugikan harta benda rakyat.

Sekiranya nak buat juga perhimpunan, buatlah secara ilmiah dan janganlah mebakar patung itu patung ini, ini bukan budaya kita. Perhimpunan secara ilmiah ialah adakan forum atau ceramah dengan permit yang sah.

Akhir kalam, demi menjaga perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah lebih baik kita memilih jalan Ilmiah dan bukanya jalan emosional. Ingat api tidak akan dipadam dengan menggunakan api, tetapi ia boleh padam dengan menggunakan air.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, February 5, 2010

Selamat Hari Lahir MSO...


Selamat Hari Lahir MSO...
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini blogawan tersohor yang juga merupakan penulis buku-buku politik yang tersohor Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO telah menyambut ulang tahun kelahiranya yang ke 50.

Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana lewat mengucapkan selamat hari lahir semoga panjang umur dan murah rezeki kepada beliau kerana baru-baru ini penulis begitu sibuk dengan tugas rutin penulis.

MSO seorang blogawan yang juga diminati penulis walaupun kadang-kadang kami berbeza pendapat di dalam beberap hal. Namun berbeza pendapat tidak semestinya kita tidak perlu mempedulikanya, kerana penting juga wujud perbezaan pendapat ini, sekurang-kurangnya kita dapat berfikir dan membandingkan pendapat-pendapat yang dilahirkan itu.

Sebenarnya, MSO lah yang banyak memberi sumber inspirasi kepada penulis untuk menulis di blog ini, sebab itu kalau pembaca perasan akan terjumpa artikel yang seakan-akan kesinambungan daripada artikel MSO. Ada setengah artikel yang bersetuju dengan MSO dan ada juga setengah artikel yang tidak bersetuju dengan MSO. Inilah yang dikatakan perbezaan pendapat.

Kalau pembaca tidak tahu siapa MSO jangan lupa taip dekat Google! Merah Tinta MSO ataupun mso melayu daripada itu pembaca boleh mengenali siapakah gerangan orang yang memakai gelaran MSO ini.

Sebelum menutup tirai tulisan penulis pada kali ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 50 buat MSO. Moga Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. Penulis juga ingin melafazkan terima kasih kepada MSO kerana banyak memberi sumber inspirasi kepada penulis sebelum ini.

Akhir kalam, semoga MSO akan meneruskan usaha-usaha murni MSO untuk menjadi blogawan pro kebenaran yang betul-betul pro kebenaran yang tidak condong ke kiri atau ke kanan. Penulis juga akan berusaha untuk menjadi blogawan yang pro kebenaran dan tidak condong ke kiri dan juga ke kanan.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, February 1, 2010

Blog Penyokong YBM Ku Li Dibubarkan....

Blog Penyokong YBM Ku Li Dibubarkan....
Oleh: yieMEGA

SEBELUM ini kalau pembaca masih ingan semasa sebelum Pemilihan Agung UMNO ada dua blog yang bekerja keras mempromosikan dan memberikan kempen yang sewajarnya bagi memastikan YBM Ku Li berjaya menjadi Presiden UMNO.

Penulis memang akui blog berkenaan sudah banyak berjuang untuk Ku Li sebelum ini, blog ini dikatakan dikendalikan oleh ahli UMNO bertaraf 'marhaen'. Blog tersebut ialah http://penyokong-kuli.wordpress.com dan juga http://penyokong-kuli.blogspot.com.

Sumber-sumber daripada pengendali blog berkenaan memberi kenyataan kepada Penulis berkenaan kenapa mereka bertindak menutup blog-blog tersebut setelah sekian lama mereka berjuang untuk YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Kata mereka "Mereka kecewa dengan Ku Li", penulis bertanya juga kepada mereka mengapa mereka kecewa dengan Ku Li. Mereka menjawab 'itulah sejak beliau berdiri atas pentas PAS, kami kecewa kerana seolah-olah beliau ingin mempermain-mainkan kami'.

Mendengar perkataan 'mempermain' penulis seraya menyoal, mempermain mereka macamana pula? Jawab mereka lagi, ye lah dulu mereka bersungguh-sungguh berusaha untuk memastikan agar Ku Li menang jawatan Presiden UMNO, tetapi akhirnya setelah gagal bergelar Presiden UMNO beliau telah mengkhianati UMNO dengan berkempen untuk PAS.

Di tanya adakah ini cara terbaik untuk menunjukkan rasa kekecewaan mereka terhadap Ku Li. Mereka berkata setakat ini mereka merasakan inilah cara yang terbaik untuk mereka melahirkan rasa kecewa mereka terhadap Ku Li.

Mereka juga mencadangkan penulis membuang gambar Ku Li yang ada di blog penulis yang di bawahnya tertera perkataan berdarah raja berjiwa rakyat. Penulis hanya tersenyum dan berkata tengoklah dulu macamana, nanti penulis fikirkanya.


Baca Lagi!

Saturday, January 30, 2010

Khalid Samad Digantung 6 Bulan

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia


Khalid Samad Digantung 6 Bulan
Oleh: yieMEGA

GANTUNG tak bertali mungkin itulah yang boleh kita katakan terhadap Khalid Samad yang digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PAS. Sepertimana yang dilaporkan oleh UTUSAN ONLINE. Manakalah Dr. Hassan Ali diberi surat amaran.

Keputusan itu dibuat setelah Jawatankuasa Disiplin PAS mendapati Khalid Samad bersalah mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej parti serta mendedahkan kerahsian parti di dalam blognya.

Jawatankusa itu dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Jawatankuasa turut memutuskan bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor bersalah tetapi tiada hukuman dikenakan terhadapnya kecuali surat amaran atas tuduhan mengkritik secara terbuka pentadbiran Kerajaan Selangor.

Mereka juga berdua dilarang membuat kenyataan media yang boleh menjejaskan imej parti, walaubagaimanapun merek dibenar membuat kenyataan media yang tidak akan menjejaskan parti.

Penulis merasakan hukuman yang dikenakan terhadap Khalid Samad itu memang wajar, dan lagi wajar sekiranya Jawatankuasa Disiplin PAS turut mengambil tindakan terhadap kenyataan Khalid Samad yang seolah-olah cuba menderhakai Titah Sultan Selangor berhubung Penggunaan nama Allah oleh agama lain.

Hukuman yang terbaik bagi kesalahan ini ialah beliau dipecat dari semua jawatan di dalam Parti kerana tindakan beliau itu bukan sahaja menjejaskan imej PAS malah merosakkan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama, penulis sedikit terkilan adakah kini pemimpin PAS sudah kebebasan bersuara, di mana kebebasan bersuara sering dilaung-laungkan oleh PAS, salahkah kalau kita menegur pentadbiran sesebuah kerajaan kalau kita rasa tindakan kerajaan itu tidak betul.

Dulu bukankan PAS pejuang kebebasan bersuara, tetapi apabila terjadi isu yang melibatkan ahli mereka sendiri, mereka cuba pula sekat kebebasan bersuara. Jadi ini menampakan sikap double standard PAS mungkin selepas ini semua pemimpin-pemimpin PAS kena fikir lapan belas kali sebelum membuat kenyataan media.

Bercakap mengenai kenyataan media yang boleh menjejaskan imej parti, Mursyidul Am PAS sendiri sudah banyak kali mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti tetapi tidak pula dikenakan tindakan, ataupun kerana TGNA ada kuasa pengampunan yang sama seperti paderi-paderi di gereja Kristian atau kerana TGNA seorang pemimpin diktaktor, autokratik dan kuku besi.

Sekiranya PAS benar-benar ingin menjaga imej parti, Jawatankuasa Disiplin PAS hendaklah mengambil tindakan terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di atas beberapa kenyataanya sebelum ini.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, January 28, 2010

Kenapa Zaid Ibrahim Begitu Bersungguh-Sungguh Menyerang Zulkefli Noordin

Kenapa Zaid Ibrahim Begitu Bersungguh-Sungguh Menyerang Zulkefli Noordin
Oleh: yieMEGA

ZAID IBRAHIM nampaknya begitu bersungguh-sungguh menyerang Zulkefli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru) sehinggakan mendesak Zulkefli Nordin dikenakan tindakan tegas oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penulis begitu hairan kenapa beliau dilihat telah menyerang Zulkefli Nordin dengan ulasan-ulasan media yang sudah melampaui batas. Macam-macam cadangan berbaur emosi yang dikeluarkan oleh Zaid Ibrahim terhadap YB Zulkefli Noordin.

Kadang-kadang penulis juga merasa hairan juga dengan tindakan Zaid Ibrahim itu, kerana perbuatanya itu memperlihatkan beliau begitu bersungguh-sungguh mahukan Zulkefli Nordin dipecat PKR, pada masa yang sama Zulkefli Nordin merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, adakah Zaid Ibrahim berminat dengan kerusi parlimen tersebut? Kemungkinan itu ada tetapi tidak tahulah penulis adakah benar-benar Zaid Ibrahim mahukan kerusi tersebut kerana itu Allah tuhan Seru sekian Alam sahaja yang tahu.

Zaid Ibrahim, seorang bekas Menteri yang meletakkan jawatanya dan menyertai PKR tak sampai pun setahun lagi, kelihatan cuba menjadi jaguh dalam pertelingkahan Khalid Samad dengan Zulkefli Nordin.

Dengan gesaan-gesaan yang ditimbulkan oleh Zaid Ibrahim, ia seolah-oleh menampakkan seperti beliau cuba menjadikan PKR seperti parti miliknya seorang. Orang macam inilah yang merugikan PKR, inilah jadinya kalau sampah yang memang tidak boleh guna dikitar semula.

Dalam masa yang sama, Mohd Sayuti Omar (MSO) seakan-akan senada dengan Zaid Ibrahim sepertimana artikel blognya yang bertajuk "PKR Perlu Tegas Dengan Zulkefli Nordin". Tak tahulah penulis adakah MSO ini tukang kempen bagi Zaid Ibrahim, atau artikel tersebut merupakan pendapat peribadi beliau sendiri, bagi penulis hanya MSO dan Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.

Pada pandangan penulis, tindakan Zaid Ibrahim itu langsung tidak akan membantu menyelesaikan masalah malah dia akan merumitkan masalah, seperti kita cuba memadamkan api dengan menggunakan api.

Jalan terbaik bagi PKR ialah, di samping mengenakan tindakan terhadap Zulkefli Nordin PKR juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap Zaid Ibrahim kerana beliau telah menghuru-harakan keadaan, ini masalahnya kalau kita terlalu bergantung kepada pemimpin yang bertaraf 'Recycle' Ni.

Teringat penulis dengan kata-kata seorang forumer di dalam forum MyKMU.net semasa Zaid Ibrahim menyertai PKR "Baguslah sampah Di dalam UMNO, dikutip oleh PKR". Jadi keputusan membawa masuk Zaid Ibrahim ke dalam PKR merupakan satu tindakan yang silap.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, January 27, 2010

Kenapa Terus Menyerang Zulkefli Nordin?


Kenapa Terus Menyerang Zulkefli Nordin?
Oleh: yieMEGA

SELEPAS Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu dilaporkan oleh media-media massa tanah air telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berhubung tindakan Khalid Samad yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur mengengkari Titah Sultan Selangor.

Zulkefli Nordin merupakan ahli parlimen PKR untuk Parlimen Kulim Bandar Bharu. Beliau juga merupakan seorang blogger yang dikenali dengan nama The Riding MP. Penulis begitu hairan kenapa begitu banyak pihak di dalam Pakatan Rakyat terus menyerang Ahli Parlimen ini dengan menggunakan media-media tanah air. Adakah satu kesalahan dengan membuat laporan polis?

Kalau menjadi satu kesalahan sekiranya kita membuat laporan polis, jadi lepas ni pastikan pihak-pihak yang menyerang Zulkefli Noordin tidak akan membuat laporan polis terhadap apa jua perkara yang terjadi ke atas mereka termasuklah sekiranya rumah mereka dipecah masuk, ye lah bagi mereka kan menjadi satu kesalahan untuk membuat laporan polis, jadi mereka tak perlulah lapor kat polis.

Pada pandangan penulis, tindakan YB Zulkefli Noordin itu kena dengan tempatnya, sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak yang begitu lancang sekali mulut mereka berkata tanpa memikirkan adakah ia tidak menggangu norma-norma masyarakat.

Mengenai Khalid Samad pula, penulis berpendapat tindakan beliau adalah boleh dinyatakan sebagai tindakan Bilazim bagi seseorang Ahli Parlimen, tetapi apa yang penulis lihat kebanyakkan pemimpin Pakatan Pembangkang seolah-olah membela Khalid Samad dan meletakkan kesalahan terhadap YB Zulkefli Noordin.

Sebelum ini, MSO di dalam blognya Merah Tinta MSO yang dikatakan sebuah blog yang Pro Kebenaran pun turut 'menyerang' Zulkefli Noordin, mungkin selepas ini sesiapa yang nak jadi ahli PKR jangan sesekali 'menegur' Anwar Ibrahim kerana beliau 'pantang ditegur' nanti dia melenting dan mengeluarkan perkataan "Cross The Line". Walaubagaimanapun, artikel yang menyerang Zulkefli Nordin di dalam blog berkenaan tiba-tiba hilang, mungkin juga MSO takutkan sesuatu.

Dalam pada itu, penulis ingin menuntut agar semua pihak tidak kiralah mana-mana pihak cukuplah menyerang Zulkefli Nordin kerana daripada menyerang Zulkefli Nordin adalah lebih baik kita menyerang Khalid Samad kerana tindakan beliau sememangnya melampaui batas.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin