Bilangan Pengunjung:

iklan-a

Sunday, December 13, 2009

Kod Etika Blogger...

Kod Etika Blogger

PENULIS telah membaca artikel terbaru daripada blog Perdana Menteri Kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang beralamat di http://www.1malaysia.com.my. Artikel yang bertajuk "Kod Etika Bagi Penulis Blog" bagi penulis kod etika penulis blog ada pro dan kontranya.

Saranan Najib tersebut telah mendapat perhatian beberapa blogger antaranya Blogger atau Blogawan tersohor MSO melalui blognya Merah Tinta MSO melalui satu artikel blognya yang bertajuk "Perlukah Kod Etika Kepada Blogger".

Antara Isi Kandungan Kod Etika Blogger Yang Disarankan Najib Adalah:

Penulis Blog Hendaklah:

  • Jujur dan Adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menintepretasikan maklumat.
  • Jangan Sesekali Menciplak
  • Mengenalpasti sumber dan membuat pautan kepada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan.
  • Jangan sesekali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat sekiranya disiarkan juga perlu dijelaskan keraguan tentangnya.
  • Bezakan sokongan, komentar dan maklumat berasaskan fakta
  • Mengakui Akan Kesilapan dan Cepat Memperbetulkanya.
  • Elakkan daripada rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi
  • Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendalianya daripada penulis blog.
  • Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi.
  • Mematuhi standard yang tinggi


Ada juga yang kurang bersetuju dengan saranan kod etika blogger ini izinkan penulis memetik satu komen pembaca blog 1Malaysia yang menggunakan nama YM Tengku Khairol dan penulis tidak pasti adakah jurukomen tersebut menggunakan nama sebenar atau nama samaran.

Di Bawah Ini Ialah Komen Beliau:

YM Tengku Khairol: TAK PERLU WUJUD ETIKA, MANA ERTI KEBEBASAN?
Kod Etika untuk penulis blog tidak perlu diwujudkan kerana negara telah mempunyai undang-undang yang cukup khusus untuk planitif mendakwa atau menyaman atau mengheret penulis blog yg menulis artikel berunsur fitnah atau yg berbau perkauman ke mahkamah. Kita ada suruhanjaya komunikasi dan multimedia yg mampu menyekat keterlaluan atau kebiadapan bloger. Kod etika tidak rasional diwujudkan kerana menyekat cara pemikiran dan pandangan rakyat yang cintakan demokrasi. Rakyat mampu menilaikan mana yang buruk dan mana yang baik. Itu rasionalnya.


Sebenarnya Najib menyarankan Kod Etika tersebut sepertimana yang dicadangkan oleh sebuah portal khas untuk jurnalis siber melalu artikel yang bertajuk "A Bloggers' Code Of Ethics". Penulis sendiri tidak nampak yang akan berlaku terhadap kebebasan blogawan sekiranya Kod Etika ini menjadi kenyataan.

Sebelum itu penulis meminta pembaca cuba fahami betul dengan apa itu Kod Etika dan Apa Itu Undang-Undang. Mungkin kedua-dua hampir sama tetapi ia tidak membawa maksud yang sama. Kod Etika ini sebenarnya panduan untuk menjadikan sesuatu profesyen itu beretika contohnya kaunselor pun mempunyai kod etikanya sendiri. Manakala undang-undang pula merupakan satu arahan atau peraturan yang memang perlu dipatuhi dan bukan sekadar panduan. Oleh yang demikian, penulis tidak melihat Kod Etika Blogger akan menghalang kebebasan bersuara blogger.

Ramai orang yang cepat melenting apabila Najib menyarankan kod etika bagi Blogger. Ini berlaku kerana mereka salah faham tentang konsep Kod Etika dan Undang-undang. Jadi penulis tiada halangan yang timbul sekiranya Kod Etika ini ada.

Malah daripada pandangan penulis Kod Etika ini lebih kepada untuk melindungi blogawan-blogawan dan bukan untuk menyekat kebebasan blogawan-blogawan kita. Cuba kita lihat kod etika yang kedua yang berbunyi "Jangan sesekali menciplak", artikel-artikel blog yang diterbitkan oleh blogawan adalah harta intelek milik blogawan tersebut, sekiranya berlaku ciplak menciplak tidakkah berlaku cetak rompak di situ?.

Kita jangan jumudkan pemikiran kita untuk satu sudut semata-mata, penulis percaya ramai blogawan yang lebih bijak dan cerdik daripada penulis dapat memikirkan apakah kelebihan yang lain sekiranya kod etika ini wujud.
Reblog this post [with Zemanta]

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin