Monday, July 19, 2010
Pasir Oh Pasir
Oleh: yieMEGA
ISU CURI PASIR semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Malah isu ini sudah bertukar menjadi isu politik. Mungkin penulis sedikit terlambat untuk mengulas isu ini tetapi ia tidak menjadi masalah kepada penulis untuk mengulasnya pada kali ini kerana "Better late than never" .
Bercakap mengenai pasir ia adalah salah satu daripada hasil bumi Malaysia. Sepertimana benda-benda lain yang dijadikan Allah tuhan seru sekian alam di atas muka bumi ini ada gunanya. Bagi penulis pasir adalah sebahagian daripada tanah, cuba kita lihat kepada lirik lagu kebangsaan kita iaitu Negaraku "Negaraku, tanah tumpahnya darahku" ini bermakna pencuri-pencuri pasir adalah pengkhianat negara kerana menjual tanah tempat tumpahnya darah rakyat-rakyat Malaysia.
Apa yang menarik apabila isu pasir ini timbul, masing-masing asyik bermain 'tarik tali' dan saling tuduh menuduh. Jadi bagaimana isu ini boleh diselesaikan dengan cara yang sebegitu. Adalah lebih baik kita tidak bertengkar seperti mana kita berhujah antara ayam dan telur yang mana keluar terlebih dahulu.
Kalau kita terus mempertahankan pendirian masing-masing tanpa ada sebarang tindakan terhadap isu tersebut penulis percaya ia akan tetap menjadi 'polemik politik' sampai bila-bila dan isu tersebut tidak akan selesai kerana masing-masing asyik mempertahankan pendirian masing-masing tanpa ada sebarang tindakan yang lebih radikal terhadap isu tersebut.
Berapa lama lagi kita harus berperang mulut, bertekak dan bertengkar sedangkan isu itu tetap tak selesai malah menjadi makin parah dan serius. Isu ini harus diselesaikan bersama untuk kepentingan bersama. Ingatlah rakyat lebih suka kepada pemimpin yang lebih banyak bekerja daripada bercakap tanpa tindakan, atau kata orang 'habuk pun tarak'.
Baca Lagi!
Friday, July 16, 2010
Titik Persamaan UMNO dan PAS....
Image via Wikipedia
Oleh: yieMEGA
SUDAH sekian lama penulis tidak mengemaskini blog ini kerana kesuntukkan masa tambahan pula penulis sekarang sibuk dengan latihan Bola Sepak KB United FC. Oh bukan penulis jurulatihnya tetapi sahabat penulis jadi penulis turut sama tampil membantunya.
Kita tinggalkan cerita tentang latihan bola sepak, kita teruskan dengan tajuk artikel kita pada hari ini iaitu "Titik Persamaan UMNO dan PAS".
Marilah bersama-sama kita membincangkanya dengan penudut beradab dan tidak terlalu emosional kerana itu bukan budaya orang yang suka berfikir dan juga menimbu ilmu. Emosional bukan bererti menang tetapi sebalinya ianya bererti kalah. Jadi fikir-fikirkanlah cara yang terbaik untuk kita berbahas.
Sedar atau tidak, sebenarnya UMNO dan PAS dalam konteks Kelantan ada persamaanya. Kalau kita bertanya kepada ahli PAS sudah tentu mereka akan kata UMNO tak adil, kalau kita tanya pada ahli UMNO sudah tentu mereka akan kata PAS tidak adil.
Marilah luangkan sedikit masa dan jernihkan sedikit fikiran anda dengan cuba meneliti dialog seperti di bawah:
Dialog 1:
Ahli PAS:
Orang UMNO ni tak adil, kalau ada-apa yang Kerajaan Pusat hulurkan bantuan mereka tidak akan beri kepada orang PAS.
Dialog 2:
Ahli UMNO:
Orang PAS ni tak adil, kalau apa-apa bantuan yang kerajaan negeri nak bagi, sudah tentu penyokong UMNO tak akan dapat.
Rumusan Kedua-dua Dialog tersebut:
Kita akan dapati orang PAS tidak akan bagi bantuan kepada UMNO dan orang UMNO tidak akan memberi bantuan kepada orang PAS.
Ini bermakna masing-masing mengamalkan "Politik Balas Membalas", penulis pun hairan kenapa dua-dua pihak ini tiada satu pun yang mahu mengalah dan mengambil pendekatan yang lebih liberal.
Sebagai contoh, sekiranya ahli PAS tidak dapat bantuan yang disalurkan melalui UMNO, mengapa tidak PAS mengambil langkah yang berbeza dengan menghulurkan bantuan kepada orang-orang UMNO.
Mengapa kedua-duanya masih mahu menggunakan strategi Api sedangkan strategi Air lebih selamat, jadi jikalau kita fikir dengan lebih mendalam ini maknanya UMNO dan PAS adalah sama dari segi perangainya.
Penulis pun begitu hairan kenapa harus ada rakyat yang tidak mendapat bantuan hanya kerana berbeza fahaman politiknya. Ini adalah salah satu puncanya mengapa umat Melayu yang beragama Islam berpecah.
Penulis tertunggu-tunggu untuk memerhatikan pihak yang mana mengorak langkah untuk berlaku lebih adil kepada mana-mana rakyat tanpa mengira fahaman politik yang dianuti oleh rakyat tersebut.
Baca Lagi!
Thursday, May 27, 2010
JUDI: Jangan Lebih Banyak Bercakap Dari Bertindak!
Image via Wikipedia
Oleh: yieMEGA
NAMPAKNYA Isu judi yang timbul baru-baru ini tidak habis lagi, rata-rata kedai kopi atau Dewan Parlimen Rakyat masih membahaskan isu ini. Seperti yang penulis katakan baru ini penulis pun tidak bersetuju dengan Judi ini, kerana ia jelas haram disisi Islam. Namun penulis juga tidak bersetuju dengan yang lebih banyak bercakap dari bertindak.
Baru-baru ini diberitakan PAS ingin berdebat dengan Perkasa berhubung isu Judi kerana Perkasa mencabar negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat menarik balik lesen-lesen perjudian yang di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bernaung di bawah Kerajaan negeri.
Jelas sekali kelihatan PAS di sini lebih banyak bercakap dari bertindak, mereka lebih suka untuk berdebat daripada membuat tindakan. Penulis percaya yang PAS tidak akan menutup pusat-pusat perjudian bagi menjaga hati DAP terutamanya di negeri-negeri yang ramai rakyat berbangsa Cina.
Penulis percaya kalau cadangan untuk meluluskan Pusat Perjudian ini datang dari DAP, pasti PAS akan berdiam diri, kecuali seorang dua di dalam PAS yang akan tidak berpuas hati, pada masa ini mungkin Tok Guru-Tok Guru PAS akan mengeluarkan fatwa-fatwa yang baru untuk membela DAP demi kesinambungan kekuasaan Politiknya.
Bagi penulis isu judi ini tidak akan selesai selagi semua pihak asyik nak bercakap daripada bertindak. Isu ini hanya akan selesai sekiranya semua pihak bertindak tanpa perlu banyak bercakap.
Orang yang lebih banyak bercakap daripada bertindak ini bagi penulis ia tidak guna satu sen pun ia ibarat penglipur lara di kala sunyi sahaja seperti anjing yang menyalak bukit dengan harapan bukit itu akan runtuh.
Baca Lagi!
Wednesday, May 19, 2010
Judi Bola Lulus!!!!
Oleh: yieMEGA
Penulis kecewa kerana Kerajaan ingin meluluskan Lesen Judi Bola Sepak unt
uk Piala Dunia. Biar apa pun alasan perjudian tetap ditolak dan ianya sesuai untuk sebuah negara Islam seperti Malaysia.Adakah cubaan untuk melulus lesen perjudian ini ada kena-mengena dengan usaha-usaha untuk menarik kembali sokongan kaum Cina kepada Barisan Nasional? Seperti yang semua maklum kegiatan perjudian sudah sinonim dengan kaum cina. Bagi penulis ini bukan caranya untuk menarik kembali sokongan kaum cina terhadap Barisan Nasional banyak lagi cara lain yang boleh digunakan oleh BN untuk menarik balik sokongan kaum Cina terhadap mereka.
Paling memeranjatkan orang yang bertanggungjawap untuk meluluskan lesen perjudian bola sepak Piala Dunia itu berasal daripada Kelantan dan merupakan Calon Menteri Besar pada Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu. Paling menyedihkan beliau merupakan ahli UMNO dan bukanya MCA mahupun Gerakan.
Walauapapun alasan Judi Bola Diluluskan penulis tetap menentang sekeras-kerasnya usaha-usaha ke arah itu. Malah isu ini sudah pun dipolitikkan oleh Pembangkang terutamanya PAS, mungkin ia juga keluar daripada mulut seorang Pembesar BN, tetapi sekiranya ia keluar daripada mulut Parti Subahat Pakatan Rakyat lain mereka akan membela habis-habisan ataupun mereka hanya sekadar berdiam seribu bahasa. Itulah perangai mereka dari dahulu hingga sekarang.
Walaubagaimanapun idea untuk meluluskan judi bola sepak ini adalah satu idea yang teruk yang penulis pernah dengar, mengapa perlu diluluskan lesen perjudian Bola Sepak sedangkan syarikat rokok pun diharamkan dari menjadi penaja skuad Bola Sepak yang beraksi di dalam Liga Malaysia dan juga Liga Super.
Adalah lebih baik menarik balik pengharaman penajaan syarikat rokok untuk pasukan sepak daripada meluluskan lesen perjudian Bola Sepak yang langsung tiada faedahnya malah bakal merugikan rakyat dengan aktiviti tidak tidak berfaedah seperti judi itu.
Baca Lagi!
Monday, May 17, 2010
Selamat Menyambut Hari Guru 2010
Oleh: yieMEGA
TANGGAL 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang bersejarah bagi mereka yang bergelar guru dan cikgu di seluruh Malaysia. Pada tarikh ini mereka yang bergelar Cikgu dan Guru diraikan oleh pelajar-pelajar mereka.
Insan bernama guru besar jasanya kepada kita, beliaulah ibu dan bapa kita di Sekolah. Tahun demi tahun, masa demi masa tugas sebagai seorang guru menjadi lebih mencabar, jika dahulu seorang guru senang mendidik anak-anak bangsa, selepas masa berlalu kini guru semakin sukar mendidik anak bangsa ditambah pula kehadiran ibu-bapa yang terlalu manjakan anak-anak mereka dari situ timbullah ibu-bapa yang suka menyaman guru. Begitulah beban seorang guru semakin hari semakin bertambah bebanya.
Kadang-kadang juga ibu-bapa yang berperangai kalau anak mereka tidak cermelang mereka akan menyalahkan guru, tetapi sekiranya anak mereka cermelang mereka sedikitpun tidak akan mengatakan sebab guru anak mereka menjadi cermelang.
Zaman sudah berubah, dunia sudah maju begitulah halangan dan bebanan yang terpaksa ditempuhi oleh seorang insan yang bergelar guru. Guru ibarat lilin yang membakar dirinya dan setelah lilin sudah hampir habis ianya dibuang begitu sahaja.
Di kesempatan ini penulis ingin berterima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar dan banyak baktinya sehinggalah penulis mencapai kejayaan sekarang. Guru sememangnya Pembina Negara Bangsa.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Begitulah besarnya pengorbanan seorang Guru, Guru Pembina Negara Bangsa merupakan tema yang tepat untuk sambutan Hari Guru bagi tahun 2010. Kepada bekas-bekas muridku terima kasih di atas ucapan selamat hari guru yang dihantar menerusi sms kepada Cikgu.
Baca Lagi!
Kekalahan Yang Sudah Diduga
Image via Wikipedia
Oleh: yieMEGA
Nampaknya trend di Hulu Selangor telah berjangkit ke Sibu, seperti yang diketahui umum Sibu majoriti pengundinya adalah Kaum Cina. Cuma berbezanya ialah peratusan kaum cina yang tidak menyokong BN sedikit kurang berbanding Hulu Selangor.
Penulis merasakan sudah tiba masanya, BN membuat risikan yang lebih teliti dan mendalam mencari sebab kenapa kaum Cina menolak BN dan apa yang mereka mahu sebenarnya. Mungkin juga calon salah satu faktornya.
"Budaya Kerja Pilihan Raya" juga perlu diubah, mungkin ini adalah salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional di Sibu. BN sibu mulai pada hari ini perlu terus bekerja keras dan bersungguh-sungguh menyelesaikan setiap permasaalahan yang dialami rakyat. Perlantikkan seorang Juara Rakyat untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan rakyat juga mungkin boleh digunakan.
Calon BN Parlimen Sibu boleh dilantik sebagai Juara Rakyat untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dialami oleh rakyat. Jika tugas sebagai Juara Rakyat ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh Robert mungkin pada Pilihan Raya Umum yang akan datang Sibu akan kembali ke tangan Barisan Nasional.
Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan sekalung Tahniah kepada Calon DAP untuk PRK P212 Sibu yang kini telah bergelar Yang Berhormat kerana telah memenangi Pilihan Raya Kecil tersebut semoga beliau dapat menjalankan tugas-tugas sebagai Wakil Rakyat dengan penuh tanggungjawab.
Tahniah juga kepada DAP kerana telah berjaya mengubat kekecewaan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor dan menjadikan PRK P212 Sibu sebagai tempat untuk mengubat kekecewaan yang mereka alami di Hulu Selangor.
Kepada Barisan Nasional walaupun mereka kalah tetapi ia bukanya sebagai alasan untuk mereka untuk tidak bekerja kuat selepas ini, sebaliknya mereka perlu melipatgandakan usaha untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat di Sibu.
Baca Lagi!
Wednesday, May 5, 2010
Membetulkan Yang Silap
Robert Lau not from MCA but SUPP
John
Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada John kerana keprihatinanya semasa membaca artikel penulis. Sehubungan dengan itu penulis dengan ini mengisytiharkan bahawa Robert Lau bukan dari MCA sepertimana yang penulis cakap di dalam artikel yang terdahulu dan secara automatisnya kenyataan penulis di dalam artikel terdahulu yang mengatakan Robert Lau dari MCA terbatal dengan sendirinya.
Penulis memohon maaf kepada pembaca-pembaca sekalian kerana sememangnya kesilapan itu tidak disengajakan oleh penulis. Mungkin kesilapan itu berlaku kerana perasaan tidak sabar-sabar penulis untuk mengeluarkan artikel tersebut.
Dengan ini penulis memohon maaf kepada pembaca blog ini sekalian. Harap maklum
Baca Lagi!


![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=bb6ad8d7-b33c-46d5-bcf0-2fd343390259)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=869429b1-0815-4e7d-88a7-aab75c073331)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=1af55ca9-b0cc-4247-991f-61c8fe5da823)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=165b2934-de7f-47fd-97eb-850aed3787f3)









